Monday, 1 August 2011

Salam Ramadhan!

Selamat berpuasa tuk semua!
Aik, makin lama, makin takde yg update blog ni nmpknya. Semua dah sibuk dengan myKM ye... Baguslah tu, tapi jangan lupa, apa yg dipelajari, perlu dipraktikkan. Kalau tak nanti terus terlupa. Asalkan ada jengah sekejap blog ni jadi lah kan... Buat suka-suka dan mempelbagaikan kemahiran....

Ok puasa tetap puasa, kerja tetapppp kerja!!!
Salam Ramadhan!!!

Monday, 18 July 2011

My Active Blog Address

Kawan-kawan seperjuangan daripada Kursus Mesra IT, untuk makluman anda semua, saya ada blog lain yang lebih kerap dikemaskini. So, kalau berkelapangan, boleh lah jengah2 blog saya yang ini ye...http://rosroha.blogspot.com


Di bawah ini ditunjukkan muka depan my blog! Enjoy!!!

cantik tak? hehehe...

Friday, 1 July 2011

Stock Taking Bakeri Koperasi

Bermula semalam, koperasi buat aktiviti stock taking tuk setiap 'department' yang ada. Selaku Penolong Setiausaha, aku pun joinla group bakeri. Dah le sebelum ni aku tak masuk meeting lembaga, so tak tahu sangat apa cerita proses nak buat. Ingatkan ada memo spesifk ke apa ke. Rupanya ikut je biro masing2.. 

Pergh....naik pening gak bila mengira barang2 di stor bakeri ni. Mana tidaknya, semua harus dikira.. pastu dibelanja dengan kfc. Aku amik seketul je lah tang drumstik tu..takkan mau lebih2 pulak kan.. dah le sakit perut yang amat. Akhirnya walaupun hari Jumaat biasanya adalah hari yang ditunggu-tunggu tuk 'berliburan' (balik rumah jap or gi jenjalan), tapi kali ni just stay kat opis... tiduran bagai..amboi nyenyak tak ingat. macamlah teruk sangat buat kerja-kerja tadi tu..hehehe..

Dah bangun, buat blog ni sbb ada lagi sikit masa.. pasni sambung kerja pulak pastu nak bersenam!!! Jom Excersice!!


Wednesday, 22 June 2011

Perjumpaan Pejuang KM bersama Pengarah

Tak dapat nak menghabiskan kelas Mesra IT hari ni sebab ada perjumpaan dengan Pengarah pulak. I ni kan wakil Pusat CALL sebagai Pejuang KM.. So, kenalah pergi berjuang!! (tapi, apa yang nak dijuangkan? hmm aku pun blur2 lagi..)

Kalau ikut yang aku faham, pejuang KM ni tugas dia meng'upload' semua dokumen-dokumen berkaitan kerja mengikut Pusat masing-masing. So far, tak sempat nak buat apa-apa lagi.

Whatever it is, tengok dan tunggu je lah apa amanat yang nak disampaikan oleh Pengarah nanti..
Tuk kawan-kawan yang masih lagi di dalam kursus Mesra IT, "SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN KALIAN!"   .....Peace Yo!
Macam ni ke gaya Pejuang KM? eee.... :)




Kursus Mesra IT

Kursus Mesra IT selama 2 hari di bilik cyber Nano telah dijalankan.
Seramai 20 orang kakitangan MKM telah menyertai kursus ini.
Oleh kerana yang menghadiri kursus ini adalah kakitangan sendiri, memanglah masing-masing mesra. ...
Menyakat sesama mereka.

Antara yang dipelajari adalah seperti berikut:

Apakah dashboard?
Pada asalnya ia digunakan untuk kenderaan, perkataan dashboard di dalam blog bermakna antara muka pengguna yang mengendalikan dan mewakili maklumat supaya mudah dibaca.

Welcome to my blog

Hari ni belajar buat blog bersama rakan-rakan di mkm